
Terokai pengalaman berbeza di Barcelona dalam jadual unik pengembaraan ini

Terletak di pinggir Laut Mediterranean, Barcelona adalah merupakan sebuah bandar yang berbeza. Gabungan sejarah dan kemodenan dapat dilihat di bandar Catalan sementara bandar lama Ciutat Vella terletak hanya beberapa langkah dari daerah Eixample yang bergaya. Daripada kelab bola sepak yang terkenal di dunia sehinggalah ke Tapak Warisan Dunia UNESCO yang tidak terkira banyaknya, berserta dengan keajaiban seni bina buatan manusia sehinggalah ke keajaiban semula jadi, Barcelona adalah tempat di mana anda akan merasai segala-galanya.
Teruskan membaca untuk merasai sendiri kuasa gabungan pengembaraan, dengan peluang memenangi perjalanan yang merangkumi semua ke Barcelona.
Temui gabungan identiti berbeza Barcelona
Sejak zaman Empayar Rom, Barcelona adalah khazanah tersimpan bagi pemandangan, bunyi dan sensasi. Kenali identiti berbeza bandar ini sambil melawat biara purba, menerokai rekreasi moden di perkampungan tradisional dan bersiar-siar di taman bersejarah.
Bersedia untuk menyelami sejarah

Abadia de Montserrat
Selami sejarah di Abadia de Montserrat (Montserrat Abbey), yang dinamakan sempena banjaran gunung Montserrat yang terletak di sini. Biara Benedictine diasaskan pada abad ke-11 dan biara ini bertahan dalam pelbagai peperangan dan pencerobohan. Semasa meneroka tapak suci ini, anda akan dapat mempelajari lebih lanjut tentang budaya, bahasa dan kerohanian Catalonia melalui masa lalunya
Berseronok dalam keajaiban seni bina

Poble Espanyol
Dibina untuk Ekspo Dunia 1929, Poble Espanyol ialah lambang seni bina dan budaya Sepanyol yang menakjubkan. Muzium terbuka ini telah mencipta sebuah perkampungan tradisional Iberia, jadi anda boleh bersiar-siar di jalan berbatu dan menikmati suasananya. Mempunyai 117 replika seni bina, 300 karya seni dan lima pengalaman multimedia, lawatan ke Poble Espanyol pasti akan memberikan pengalaman seperti mengembara ke seluruh Sepanyol dalam satu hari.
Hilang dalam alam semula jadi

Parque del Laberint d'Horta
Hilang di alam semula jadi di taman tertua di Barcelona. Daripada taman romantik abad ke-19 dengan air terjun yang mengalir, kepada taman neoklasik abad ke-18 yang dihiasi dengan arca dan astaka, Parque del Laberint d'Horta menjanjikan pengalaman mempesonakan tidak seperti yang lain. Sudah tentu, pastikan anda mengembara ke dalam labirin yang memberikan nama kepada taman tersebut.

Sertai untuk memenangi perjalanan merangkumi semua
Dapatkan peluang untuk memenangi tawaran perjalanan istimewa dan pengembaraan merangkumi semua ke Barcelona, di mana anda akan dapat menikmati tiga pengalaman berbeza ini dan merasai sendiri kuasa gabungan pengembaraan.
Biar kami membimbing anda melalui jadual perjalanan 3 hari di sekitar pengalaman berbeza ini untuk menikmati Barcelona sepenuhnya.
Hari 1



Menawarkan gabungan makanan Barat dan perisa Latin yang menggiurkan, tempat makan tengah hari ini akan menyegarkan anda sebelum perjalanan anda ke lereng gunung Catalan.
Mulakan lawatan setengah hari ke Abadia de Montserrat, sebuah biara Benedictine yang mengabadikan imej suci Catalonia Virgin of Montserrat. Terokai setiap sudut dari biaranya hingga ke tempat makan, dan temui koleksi karya seni moden dan purba di Muzium Montserrat.
Nikmati hidangan bufet mewah sambil menonton bintang terkemuka Barcelona di tablao tempatan, tempat persembahan khusus untuk tarian flamenco.
Hotel bergaya ini mempunyai kolam renang berlapis kaca, teres atas bumbung, dan tinggalan saluran air Rom purba.
Hari 2



Dapatkan gambaran kehidupan kampung kecil sambil melawat replika sorotan seni bina Sepanyol, daripada biara Romanesque ke dataran bandar yang luas yang dipaparkan dalam filem pada tahun 2006, Perfume: The Story of a Murderer. Muzium, bengkel kraf dan kiosk audiovisual bergabung untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan di muzium terbuka ini.
Lawati pasar tempatan, beli-belah untuk mendapatkan bahan-bahan segar dan pelajari cara-cara untuk membuat hidangan paella.
Bar burger mesra vegan ini menggabungkan makanan istimewa dari seluruh dunia untuk mencipta hidangan yang unik.
Hanya berjalan kaki singkat dari pantai, Ilunion Barcelona menawarkan bilik-bilik yang luas dan kolam renang atas bumbung dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.
Hari 3



Galeri tontonan ini bermula dengan pameran yang mengasyikkan tentang Barcelona sebelum membawa anda ke balai cerapnya untuk pemandangan 360 darjah bandar.
Direka pada tahun 1792, permata hijau ini mempunyai 55 hektar hutan yang direka dalam gaya landskap dan seni bina yang berbeza. Berjalan-jalan melalui labirin pokok cemara untuk menemui arca yang tersembunyi di tengahnya, dan kebimbangan anda pasti akan hilang dengan muzik anak sungai yang mengalir di taman dan air terjun yang bergemuruh.
Manjakan diri dengan hidangan tapas dan wain dalam lawatan berjalan kaki gourmet ini, di mana anda akan menemui permata tersembunyi dan berkawan dengan penduduk tempatan.
Menggabungkan keramahan rumah tetamu dengan perkhidmatan hotel terkemuka, Seventy House ialah hotel yang menakjubkan hanya beberapa jarak dari boulevard Passeig de Gracia yang terkenal.
Tempah sekarang untuk merasai kuasa gabungan pengembaraan
